Kenyataan mengenai 'tol percuma' Kontroversi Najib Razak

Pada 25 Februari 2019, Najib yang berceramah di Kampung Sungai Lalang mengkritik cadangan kerajaan memperkenalkan kadar tol caj kesesakan. Antara cadangan baru ialah kadar tol percuma antara jam 11 malam dan 5 pagi.

Dari 10 malam sampai 5 pagi, tidur tak tidur? Yang tak tidur siapa? Hantu tak tidur, lepas itu kaki botol tak tidur, kaki LGBT, yang cari pelanggan mungkin tak tidur, yang lain semua tidur, pukul 11 malam semua tidur.

Kenyataan Najib dikecam oleh beberapa pihak termasuk golongan pekerja syif malam yang berkata kenyataan Najib sebagai tidak menghormatinya.

Pemimpin Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata kenyataan berbentuk sindiran Najib boleh dianggap penghinaan kepada pihak tertentu. Menurut Hanipa Maidin kedudukan dan keistimewaan yang ada pada Najib mungkin menyebabkan bekas perdana menteri itu tidak memahami apa yang dialami rakyat biasa. Katanya Najib bolehlah dianggap berasakan dirinya sangat suci sehingga tergamak menyindir dan mentertawakan orang lain yang mencari rezeki pada waktu malam hingga awal pagi.[107]

Pada 26 Februari 2019, Najib meminta maaf susulan kenyataan beliau bahawa hanya golongan LGBT dan kaki botol akan menikmati 'tol percuma' yang dicadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).[108]

Bukan niat saya untuk mempersendakan sebarang kumpulan masyarakat yang bekerja pada waktu malam atau yang menggunakan lebuhraya tol selepas jam 11 malam.
Saya dengan rendah hati mohon maaf jika ada yang berasa tersinggung.[108]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi Najib Razak http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ma... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://abcnews.go.com/International/wireStory/mala... http://www.reuters.com/article/2015/07/24/us-malay... http://www.theguardian.com/world/2015/jul/20/saraw... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/pr... https://www.asiaone.com/malaysian-pm-najib-razak-n...